5-9 Disember 2012-
Ekspedisi Berakit Dan Khidmat Masyarakat Orang Asli 1 Unikl, Sg. Nenggiri Dan Kg. Tohoi, Gua Musang, Kelantan yang sangat menarik dengan kepelbagaian aktiviti lasak selama 5 hari tersebut.
Program melibatkan 6 buah cawangan Unikl seluruh Malaysia iaitu
RCMP,MIMET, BMI,MICET, MIIT dan MFI dengan penyertaan lebih kurang 118 peserta mendapat kerjasama padu dari Bomba, JPAM dan Polis.
Hari Pertama:
Peserta ekspedisi berkumpul di UniKL BMI untuk pendaftaran dan taklimat kemudian kesemua peserta berlepas daripada Kuala Lumpur dengan menaiki Keretapi Ekspress Wau KL-Gua Musang pada waktu malam dan sampai ke Gua Musang pada Subuh.
Hari Kedua:
Ekspedisi menuju ke Kuala Betis bagi check point pertama. Sesi pagi,peserta didedahkan dengan penerangan pengajaran cara-cara membuat rakit dan langkah keselamatan di dalam air.Selepas tengahari bermulalah dayungan rakit sejauh 20 km daripada kuala betis sehingga ke Chek Point 2 iaitu Gua Cha dan sampai pada pukul 6 petang.
Hari Ketiga:
Aktiviti santai bermain paintball dan abseiling di kawasan Gua Cha serta juga aktiviti memancing di Sg Nenggiri. Malam diadakan pula taklimat berkaitan kesihatan oleh profesor Karim (RCMP) dan juga taklimat program khidmat Masyarakat bersama Orang Asli Pos Tohoi oleh Sdr Azhar (YAK) dan penyelaras RM3-RCMP.
Hari Keempat:
Program Khidmat Masyarakat Orang Asli oleh Pasukan Rural Medical Mobile Mission [RM3], UniKL RCMP pemeriksaan kesihatan bergerak Kampung Orang Asli Kg. Tohoi (Check Point 3), kesedaran kebersihan, kajian tahap kesihatan, kesedaran pendidikan, sukaneka, gotong royong, pengagihan barangan sumbangan, kenduri bersama penduduk kampung dan program motivasi kepada penduduk orang asli).
Hari Kelima:
Ekspedisi berakit ke check point ke 4 iaitu iaitu sejauh 60 KM ke Kg Star tetapi gagal melakukannya kerana pelbagai eksiden sepanjang perjalanan yang melambatkan perjalanan rakit. Terdapat rakit-rakit peserta yang patah,bocor dan sebagainya. Ekspedisi berakhir di Pos Pulat dengan kekurangan 10 KM perjalanan dari check point 4. Namun perjalanan keluar daripada Pos Pulat dengan melalui jalan offroad selama 2 jam ke pekan Gua Musang.
Gambar gambar album penuh program boleh dikunjungi di sini